Skip to product information
1 of 1

Hilmi Karim

Property Meta Ads Blueprint

Property Meta Ads Blueprint

Regular price RM89.00 MYR
Regular price RM489.00 MYR Sale price RM89.00 MYR
Sale Sold out
Taxes included.
Quantity

🎯 Build More Structured Meta Ads Campaigns for Real Estate

Learn how to plan, set up and evaluate Meta Ads campaigns through practical guidance based on hands-on experience in real estate advertising.

A combination of strategy presentations, tutorials and live Q&A helps you understand what to do, how to do it and why it matters.

 

📚 Apa yang Anda Akan Belajar?

01 | Struktur & Setup/Setting Campaign
Susun kempen berdasarkan tawaran projek dan objektif penjanaan prospek.

02 | Kreatif Iklan, Hook & Mesej
Bina sudut pemasaran dan mesej yang menyampaikan nilai projek dengan jelas.

03 | Setup Instant Form
Sediakan borang pertanyaan dengan soalan yang relevan untuk membantu proses susulan.

04 | Analisis Campaign Perfomance
Fahami metrik utama untuk menilai keputusan iklan dan mengenal pasti ruang penambahbaikan.


📊 Pengalaman Sebenar di Sebalik Kaedah

Kaedah yang dikongsikan berdasarkan pengalaman mengendalikan kempen merentas pelbagai projek hartanah dan julat harga.

Rekod dalam tempoh tujuh bulan:
✅ 2,700+ prospek dijana melalui Meta Ads
✅ 169 unit hartanah terjual daripada prospek tersebut
✅ RM40.3 juta nilai jualan

Penjanaan prospek dikendalikan melalui kempen iklan, manakala susulan dan penutupan jualan dilaksanakan oleh pasukan sales.

Angka prospek merujuk kepada pertanyaan yang diterima sebelum kelayakan disahkan oleh ejen. Prestasi terdahulu bukan jaminan hasil peserta.

 

💻 Bagaimana Kelas Dijalankan?

  • Secara langsung dalam talian - sertai dari lokasi anda.
  • Dua jam pembentangan & tutorial - penerangan bersama demonstrasi.
  • 30 minit soal jawab - ruang untuk bertanya dan mendapatkan penjelasan.
  • Tiada jualan kelas tambahan - sesi memberi fokus kepada kandungan yang dinyatakan sahaja. No Upselling

👥 Siapa yang Sesuai ?

Kelas ini sesuai untuk ejen hartanah yang ingin:

✓ Memahami cara mengendalikan Meta Ads sendiri.
✓ Menyusun kempen dengan lebih jelas dan terarah.
✓ Memperbaiki penyampaian mesej serta kreatif iklan.
✓ Membaca prestasi kempen sebelum menentukan tindakan seterusnya.

📝 Daftar Penyertaan Anda

Pilih pakej kelas berkumpulan(grouping), lengkapkan maklumat pendaftaran dan buat pembayaran. Maklumat platform serta 'link' kelas akan dihantar melalui WhatsApp selepas pembayaran disemak dan disahkan.

FAQ

1. Adakah kelas dijalankan secara fizikal?
Tidak. Kelas dijalankan secara langsung dalam talian. Maklumat platform dan pautan penyertaan akan dikongsikan melalui WhatsApp selepas pengesahan pembayaran.

2. Apakah beza kelas berkumpulan dengan sesi 1-to-1?
Kelas berkumpulan menggunakan contoh projek umum. Sesi 1-to-1 menyesuaikan pembentangan dan tutorial kepada projek anda sendiri. Asas kaedah yang diajar adalah sama.

3. Bolehkah saya bertanya tentang kempen saya?
Ya. Sesi soal jawab selama 30 minit disediakan. Soalan dibincangkan mengikut kesesuaian topik dan masa yang tersedia. Semakan menyeluruh bagi setiap kempen tidak termasuk dalam kelas berkumpulan.

4. Adakah yuran termasuk bajet iklan?
Tidak. Yuran meliputi sesi pembelajaran sahaja. Perbelanjaan untuk menjalankan iklan ditanggung oleh peserta.

5. Adakah pengajar akan menguruskan iklan saya selepas kelas?
Tidak. Kelas menyediakan penerangan dan tutorial untuk membantu anda mengendalikan kempen sendiri. Perkhidmatan pengurusan iklan tidak termasuk.

6. Adakah jumlah prospek atau jualan dijamin?
Tidak. Hasil bergantung pada projek, tawaran, kreatif iklan, bajet, pelaksanaan kempen dan keberkesanan susulan oleh pasukan sales.

7. Adakah terdapat promosi kelas tambahan sepanjang sesi?
Tiada. Sesi memberi fokus kepada pembelajaran, tutorial dan soal jawab yang dinyatakan.

8. Bagaimanakah penyertaan saya disahkan?
Penyertaan disahkan selepas pembayaran disemak. Pastikan nama dan nombor WhatsApp anda tepat supaya maklumat kelas dapat disampaikan kepada anda.

View full details