Skip to product information
1 of 1

Hilmi Karim

Property Meta Ads Launch | 15 Days

Property Meta Ads Launch | 15 Days

Regular price RM399.00 MYR
Regular price RM589.00 MYR Sale price RM399.00 MYR
Sale Sold out
Taxes included.
Quantity

🎯 Meta Ads Management for Property Agents

We set up, run and monitor your property ads for 15 days. You provide the videos or posters and ad budget—we manage the campaign.


👥 Untuk Siapa?

Pakej ini sesuai untuk ejen hartanah yang sudah mempunyai bahan iklan, tetapi memerlukan bantuan untuk menyediakan dan mengendalikan kempen Meta Ads.

Anda fokus pada pertanyaan, follow-up dan appointment. Kami uruskan pelaksanaan iklan.


📦 Apa yang Termasuk?

01 | Semakan Projek & Creative
Semakan maklumat projek, tawaran dan bahan iklan yang anda sediakan sebelum kempen dilancarkan.

02 | Setup Kempen
Penyediaan kempen untuk satu projek hartanah, dengan satu objektif utama: Instant Form atau WhatsApp.

03 | Copywriting Iklan
Penyusunan teks iklan berdasarkan tawaran projek dan creative yang dibekalkan.

04 | Tetapan Saluran Pertanyaan
Penyediaan Instant Form atau destinasi WhatsApp mengikut objektif yang dipersetujui.

05 | Pemantauan & Pelarasan
Pengurusan kempen selama 15 hari, termasuk pemantauan bajet, prestasi dan pelarasan mengikut data yang tersedia.

06 | Laporan Akhir
Ringkasan perbelanjaan, hasil kempen dan cadangan tindakan seterusnya.


📋 Apa yang Anda Perlu Sediakan?

✓ Maklumat projek, harga dan pakej terkini.
✓ Video atau poster yang siap digunakan.
✓ Akses Facebook Page dan akaun Meta Ads yang diperlukan.
✓ Nombor WhatsApp penerima pertanyaan, jika berkenaan.
✓ Bajet iklan serta kaedah pembayaran yang aktif dalam akaun Meta Ads.

Jika bahan creative memerlukan pindaan, anda perlu menyediakan versi yang dikemas kini sebelum pelancaran.


💰 Yuran Perkhidmatan

RM699 · 15 Hari · 1 Project

Yuran meliputi persediaan dan pengurusan kempen seperti yang dinyatakan.

Ad spend tidak termasuk dan dibayar terus oleh anda melalui akaun Meta Ads sendiri.

Tempoh pengurusan bermula apabila kempen mula berjalan, selepas semua bahan, akses dan bajet lengkap.


🔄 Proses : 

1. Pendaftaran & Pembayaran
Lengkapkan pendaftaran dengan maklumat hubungan yang tepat.

2. Onboarding melalui WhatsApp
Kami mendapatkan maklumat projek, bahan creative dan akses yang diperlukan.

3. Persediaan & Pelancaran
Objektif, bajet dan bahan iklan dipersetujui sebelum kempen dilancarkan.

4. Pengurusan Selama 15 Hari
Kempen dipantau dan dilaraskan mengikut keperluan serta data yang tersedia.

5. Laporan & Cadangan
Terima ringkasan prestasi untuk membantu anda menentukan langkah seterusnya.


📝 Sedia untuk Mulakan Kempen?

Jika anda sudah mempunyai projek dan bahan iklan, pakej ini membantu anda memulakan kempen dengan pengurusan yang lebih tersusun.

Pilih Meta Ads Launch | 15 Days dan lengkapkan pendaftaran. Kami akan menghubungi anda melalui WhatsApp selepas pembayaran disahkan untuk memulakan onboarding.


💬 FAQ

1. Adakah RM699 termasuk bajet iklan?
Tidak. RM699 ialah yuran perkhidmatan. Bajet iklan disediakan secara berasingan dan dibayar melalui akaun Meta Ads anda.

2. Berapakah bajet iklan yang diperlukan?
Bajet akan dibincangkan berdasarkan projek, objektif dan kemampuan anda sebelum pelancaran. Jumlah yang dipersetujui perlu tersedia sepanjang tempoh kempen.

3. Adakah video dan poster disediakan?
Tidak. Anda perlu menyediakan creative yang siap digunakan. Penggambaran, penyuntingan video dan reka bentuk poster tidak termasuk.

4. Berapa projek boleh diiklankan?
Pakej meliputi satu projek hartanah dan satu objektif utama: Instant Form atau WhatsApp. Projek atau skop tambahan memerlukan sebut harga berasingan.

5. Bilakah tempoh 15 hari bermula?
Tempoh bermula apabila kempen mula berjalan, bukan pada tarikh pembayaran. Persediaan hanya boleh diselesaikan selepas bahan, akses dan bajet lengkap.

6. Adakah iklan terus live selepas pembayaran?
Tidak serta-merta. Kami perlu melengkapkan persediaan terlebih dahulu. Pelancaran turut tertakluk kepada semakan dan kelulusan iklan oleh Meta.

7. Adakah jumlah leads atau jualan dijamin?
Tidak. Hasil dipengaruhi oleh projek, tawaran, creative, bajet dan respons pasaran. Keberkesanan follow-up oleh anda atau pasukan sales turut mempengaruhi hasil jualan.

8. Adakah Edge Digital menguruskan follow-up leads?
Tidak. Menjawab pertanyaan, menyaring prospek, menetapkan appointment dan closing dikendalikan oleh anda atau pasukan sales sendiri.

9. Adakah website, CRM atau automasi termasuk?
Tidak. Pembinaan website, setup CRM, automasi WhatsApp dan integrasi lanjutan tidak termasuk dalam pakej ini.

10. Apa berlaku selepas 15 hari?
Pengurusan tamat dan laporan akhir diberikan. Kempen di bawah pakej ini akan dihentikan melainkan sambungan servis atau pengambilalihan oleh anda telah dipersetujui.

11. Bolehkah saya sambung selepas tamat pakej?
Ya. Anda boleh menyambung kepada pakej pengurusan 30 hari dengan yuran berasingan, tertakluk kepada persetujuan skop dan ketersediaan.

View full details