Skip to product information
1 of 1

Hilmi Karim

Meta Ads Property 1 to 1 Coaching

Meta Ads Property 1 to 1 Coaching

Regular price RM1,299.00 MYR
Regular price RM1,899.00 MYR Sale price RM1,299.00 MYR
Sale Sold out
Taxes included.
Quantity

🎯 Build Your Meta Ads Strategy

Learn how to plan, set up and evaluate Meta Ads campaigns for your own property project through a personalised, one-to-one online session.

Pembentangan dan tutorial disesuaikan dengan projek anda supaya anda lebih mudah menghubungkan setiap langkah pembelajaran dengan kempen yang ingin dijalankan.


πŸ‘€ Satu Sesi. Fokus pada Projek Anda.

Setiap projek mempunyai offer,target market dan marketing strategy yang berbeza.

Sesi Meta Ads Property 1-to-1 memberi ruang untuk membincangkan projek anda secara lebih khusus daripada menentukan mesej iklan sehingga memahami cara menilai prestasi kempen.

Asas kaedah sama seperti kelas berkumpulan. Perbezaannya ialah contoh, penerangan dan perbincangan disesuaikan dengan projek anda sendiri.


πŸ“š Apa yang Anda Akan Belajar?

01 | Hala Tuju Kempen & Sasaran Pembeli
Kenal pasti tawaran utama projek, profil pembeli yang relevan dan sudut pemasaran yang sesuai untuk diketengahkan.

02 | Struktur & Campaign Setup
Fahami cara menyusun kempen Meta Ads berdasarkan objektif penjanaan prospek dan projek yang ingin dipasarkan.

03 | Kreatif Iklan, Hook & Mesej
Bincangkan cara menyampaikan kelebihan projek melalui hook, mesej dan arah kreatif yang lebih jelas.

04 | Instant Form Setup
Pelajari cara menyusun borang pertanyaan dan soalan yang relevan untuk membantu proses kelayakan serta susulan prospek.

05 | Analisis Perfomance & Next Step
Fahami metrik utama dan cara mengenal pasti perkara yang perlu diperbaiki selepas kempen berjalan.


πŸ’» Bagaimana Sesi Dijalankan?

βœ“ Secara langsung dalam talian, secara individu.
βœ“ Pembentangan dan tutorial menggunakan projek hartanah anda sebagai rujukan.
βœ“ Ruang bertanya dan berbincang sepanjang pembelajaran.
βœ“ Fokus pada pemahaman strategi serta pelaksanaan praktikal.
βœ“ Tiada jualan kelas tambahan sepanjang sesi.

Penetapan slot akan diselaraskan melalui WhatsApp mengikut ketersediaan bersama.


πŸ“Š Berdasarkan Pengalaman Kempen Sebenar

Kaedah yang dikongsikan berdasarkan pengalaman mengendalikan kempen merentas pelbagai projek hartanah dan julat harga.

Rekod dalam tempoh tujuh bulan:

βœ… 2,700+ prospek dijana melalui Meta Ads
βœ… 169 unit hartanah terjual daripada prospek tersebut
βœ… RM40.3 juta nilai jualan

Penjanaan prospek dikendalikan melalui kempen iklan, manakala susulan dan penutupan jualan dilaksanakan oleh pasukan sales.

Prestasi terdahulu bukan jaminan hasil peserta.


πŸ‘₯ Sesi Ini Sesuai untuk Anda Jika…

  • Anda mempunyai projek hartanah yang ingin diiklankan.

  • Anda mahukan penerangan yang berkaitan terus dengan projek sendiri.

  • Anda memerlukan ruang bertanya secara individu.

  • Anda ingin memahami keputusan di sebalik tetapan kempen, kreatif dan borang prospek.

  • Anda mahu mengendalikan Meta Ads sendiri dengan pendekatan yang lebih tersusun.


πŸ“‹ Persediaan Sebelum Sesi

Sediakan maklumat projek, harga dan pakej terkini, kelebihan utama serta bahan pemasaran yang tersedia.

Jika anda pernah menjalankan iklan, sediakan juga contoh kreatif dan paparan prestasi kempen untuk membantu perbincangan.

Maklumat yang lengkap membantu sesi memberi tumpuan kepada keperluan sebenar projek anda.


πŸ“ Daftar Sesi 1-to-1 Anda

Yuran: RM579 seorang

Pilih pakej Meta Ads Property 1-to-1, lengkapkan maklumat pendaftaran dan buat pembayaran.

Selepas pembayaran disemak dan disahkan, anda akan dihubungi melalui WhatsApp untuk penyelarasan slot, persediaan dan pautan sesi.

πŸ‘‰ DAFTAR SESI 1-TO-1


πŸ’¬ Soalan Lazim

1. Apakah beza sesi ini dengan kelas berkumpulan?
Kelas berkumpulan menggunakan contoh projek umum. Sesi 1-to-1 pula menyesuaikan pembentangan, tutorial dan perbincangan kepada projek hartanah anda sendiri, dengan perhatian secara individu.

2. Adakah sesi dijalankan secara fizikal?
Tidak. Sesi dijalankan secara langsung dalam talian. Maklumat platform dan pautan akan dikongsikan melalui WhatsApp.

3. Bagaimanakah tarikh dan masa ditentukan?
Slot akan diselaraskan melalui WhatsApp mengikut ketersediaan bersama. Jika anda mempunyai kekangan masa tertentu, sila semak ketersediaan sebelum membuat pembayaran.

4. Adakah saya perlu mempunyai projek sendiri?
Ya. Sediakan satu projek hartanah sebagai fokus pembelajaran supaya penerangan dan tutorial dapat disesuaikan dengan maklumat sebenar projek tersebut.

5. Adakah saya perlu pernah menjalankan Meta Ads?
Tidak semestinya. Maklumkan tahap pengalaman anda sebelum sesi supaya penerangan dapat disesuaikan. Jika anda sudah menjalankan iklan, anda boleh menyediakan contoh kempen sebagai bahan perbincangan.

6. Adakah pihak pengajar akan menyediakan semua bahan dan menguruskan iklan saya?
Tidak. Pakej ini merupakan sesi pembelajaran dan panduan, bukan perkhidmatan pengurusan iklan. Penghasilan poster, penggambaran, penyuntingan video dan pengurusan kempen selepas sesi tidak termasuk.

7. Adakah yuran termasuk bajet iklan?
Tidak. Yuran meliputi sesi pembelajaran sahaja. Perbelanjaan menjalankan iklan ditanggung oleh peserta.

8. Adakah jumlah prospek atau jualan dijamin?
Tidak. Hasil bergantung pada projek, tawaran, kreatif, bajet, pelaksanaan kempen dan keberkesanan susulan oleh pasukan sales.

9. Bagaimanakah pendaftaran saya disahkan?
Pendaftaran disahkan selepas pembayaran disemak. Pastikan nama, nombor WhatsApp dan email yang diberikan adalah tepat untuk urusan penyelarasan sesi.

View full details