Hilmi Karim
Property Meta Ads Launch | 30 Days
Property Meta Ads Launch | 30 Days
Couldn't load pickup availability
🎯 Monthly Meta Ads Management for Property Agents
We set up, manage and optimise your property ads over 30 days, with weekly updates and an end-of-campaign report. You provide the creatives and ad budget,we handle campaign management.
👥 Untuk Siapa?
Pakej ini sesuai untuk ejen hartanah yang mempunyai bahan iklan dan memerlukan pengurusan kempen sepanjang bulan.
✓ Anda mahu menjalankan iklan untuk satu projek secara lebih konsisten.
✓ Anda memerlukan bantuan memantau dan menilai prestasi kempen.
✓ Anda mahu memberi lebih perhatian kepada follow-up, appointment dan closing.
📦 Apa yang Termasuk?
01 | Semakan Projek & Hala Tuju Kempen
Semakan tawaran, maklumat projek dan bahan creative untuk menentukan pendekatan kempen yang sesuai.
02 | Setup & Struktur Kempen
Penyediaan kempen untuk satu projek hartanah, dengan satu objektif utama: Instant Form atau WhatsApp.
Jika anda mempunyai kempen sedia ada, strukturnya akan disemak bagi menentukan perkara yang boleh diteruskan atau perlu disusun semula.
03 | Copywriting Iklan
Penyusunan teks dan variasi mesej iklan berdasarkan tawaran projek serta bahan creative yang dibekalkan.
04 | Setup Conversion
Penyediaan Instant Form atau destinasi WhatsApp mengikut objektif kempen yang dipersetujui.
05 | Monitoring & Optimization
Pemantauan perbelanjaan dan prestasi sepanjang 30 hari, dengan pelarasan berdasarkan data yang tersedia.
Pengujian creative atau mesej dibuat mengikut kesesuaian bahan dan bajet. Tidak semua kempen memerlukan perubahan setiap hari.
06 | Update Mingguan
Ringkasan prestasi dan tindakan utama dikongsikan melalui WhatsApp supaya anda mengetahui perkembangan kempen.
07 | Final Report & Cadangan
Ringkasan perbelanjaan, hasil kempen, pemerhatian utama dan cadangan untuk tempoh seterusnya.
📋 Apa yang Anda Perlu Sediakan?
✓ Maklumat projek, harga dan pakej terkini yang telah disahkan.
✓ Video atau poster yang siap digunakan.
✓ Akses Facebook Page dan akaun Meta Ads yang diperlukan.
✓ Nombor WhatsApp penerima pertanyaan, jika berkenaan.
✓ Bajet iklan serta kaedah pembayaran yang aktif dalam akaun Meta Ads.
Maklum balas tentang kualiti leads juga membantu penilaian kempen. Kongsikan respons prospek, kesesuaian pertanyaan dan perkembangan appointment apabila tersedia.
Jika creative perlu diperbaiki atau diganti, penghasilan bahan baharu dikendalikan oleh anda.
💰 Yuran Perkhidmatan
RM1,299 · 30 Hari · 1 Projek Hartanah
Yuran meliputi persediaan, pengurusan, update mingguan dan laporan akhir seperti yang dinyatakan.
Ad spend tidak termasuk dan dibayar terus oleh anda melalui akaun Meta Ads sendiri.
Tempoh 30 hari bermula pada tarikh kempen mula berjalan yang dipersetujui, selepas bahan, akses dan bajet lengkap.
🔄 Proses :
1. Pendaftaran & Pembayaran
Lengkapkan pendaftaran dengan nama dan maklumat hubungan yang tepat.
2. Onboarding melalui WhatsApp
Kami mendapatkan maklumat projek, bahan creative, akses akaun dan bajet yang diperuntukkan.
3. Persediaan & Pelancaran
Objektif, bajet dan bahan iklan dipersetujui sebelum kempen dilancarkan.
4. Pengurusan Selama 30 Hari
Kempen dipantau dan dilaraskan mengikut data, dengan update ringkas setiap minggu.
5. Laporan & Perancangan Seterusnya
Terima ringkasan prestasi serta cadangan untuk meneruskan atau menambah baik kempen.
📝 Serahkan Pengurusan Kempen Anda
Sudah mempunyai projek dan bahan iklan, tetapi memerlukan bantuan untuk menguruskan kempen sepanjang bulan?
Pilih Meta Ads Management | 30 Days dan lengkapkan pendaftaran. Kami akan menghubungi anda melalui WhatsApp selepas pembayaran disahkan untuk memulakan onboarding.
FAQ
1. Apakah beza pakej ini dengan pakej 15 hari?
Pakej ini meliputi pengurusan selama 30 hari, dengan update mingguan dan ruang masa yang lebih panjang untuk memantau serta membuat pelarasan berdasarkan data. Tempoh lebih panjang tidak menjamin hasil tertentu.
2. Adakah RM1,299 termasuk bajet iklan?
Tidak. RM1,299 ialah yuran perkhidmatan. Ad spend disediakan secara berasingan dan dibayar melalui akaun Meta Ads anda.
3. Berapakah bajet iklan yang diperlukan?
Bajet dibincangkan berdasarkan projek, objektif dan kemampuan anda sebelum pelancaran. Pengujian dan pelarasan kempen akan mengambil kira bajet yang dipersetujui.
4. Adakah video dan poster disediakan?
Tidak. Anda perlu menyediakan bahan creative yang siap digunakan. Penggambaran, penyuntingan video dan reka bentuk poster tidak termasuk.
5. Berapa projek boleh diiklankan?
Pakej meliputi satu projek hartanah dan satu objektif utama, sama ada Instant Form atau WhatsApp. Projek atau skop tambahan memerlukan sebut harga berasingan.
6. Saya sudah mempunyai kempen aktif. Boleh sambung uruskan?
Boleh, tertakluk kepada semakan akses dan keadaan akaun. Kami akan menentukan sama ada kempen sedia ada sesuai diteruskan atau memerlukan penyusunan semula.
7. Adakah pengoptimuman bermaksud iklan diubah setiap hari?
Tidak. Perubahan dibuat apabila terdapat data dan keperluan yang munasabah. Sesetengah kempen memerlukan masa untuk dinilai sebelum tindakan seterusnya ditentukan.
8. Bilakah tempoh 30 hari bermula?
Tempoh bermula pada tarikh kempen mula berjalan yang dipersetujui, bukan secara automatik pada tarikh pembayaran. Semua bahan, akses dan bajet perlu lengkap terlebih dahulu.
9. Adakah jumlah leads atau jualan dijamin?
Tidak. Hasil dipengaruhi oleh projek, tawaran, creative, bajet, respons pasaran dan keberkesanan susulan oleh pasukan sales.
10. Adakah Edge Digital menguruskan follow-up leads?
Tidak. Menjawab pertanyaan, menyaring prospek, menetapkan appointment dan closing dikendalikan oleh anda atau pasukan sales sendiri.
11. Adakah website, CRM atau automasi termasuk?
Tidak. Pembinaan website, setup CRM, automasi WhatsApp dan integrasi lanjutan tidak termasuk dalam pakej ini.
12. Apa berlaku selepas 30 hari?
Pengurusan tamat dan laporan akhir diberikan. Kempen di bawah pakej ini akan dihentikan melainkan sambungan servis atau pengambilalihan oleh anda telah dipersetujui. Sambungan untuk tempoh berikutnya dikenakan yuran berasingan.
Share
