Skip to product information
1 of 1

Hilmi Karim

Meta Ads + Creative | 30 Days

Meta Ads + Creative | 30 Days

Regular price RM2,499.00 MYR
Regular price RM2,899.00 MYR Sale price RM2,499.00 MYR
Sale Sold out
Taxes included.
Quantity

๐ŸŽฏ Property Ad Creatives & Campaign Management

For property agents who need both ad content and campaign management. We produce 3 videos and 3 posters, then set up, run and optimise your Meta Ads for 30 days.

You provide the project details, shooting location, on-camera talent and ad budgetโ€”we handle creative production and campaign management.


๐Ÿ‘ฅ Untuk Siapa?

Pakej ini sesuai untuk ejen hartanah yang memerlukan bahan iklan serta bantuan menguruskan kempen.

โœ“ Anda belum mempunyai video dan poster yang sesuai untuk diiklankan.
โœ“ Anda mahu creative dirancang berdasarkan tawaran dan kelebihan projek.
โœ“ Anda memerlukan satu pihak untuk mengendalikan production dan pelaksanaan ads.
โœ“ Anda mahu memberi fokus kepada pertanyaan, appointment dan closing.


๐ŸŽฌ Creative yang Anda Terima

3 Video Iklan Pendek
Perancangan angle, skrip, penggambaran dan penyuntingan untuk menghasilkan tiga video iklan bagi satu projek hartanah.

3 Poster Iklan
Tiga reka bentuk statik dengan mesej yang disesuaikan kepada tawaran projek dan arah kempen.

Creative dirancang untuk mengetengahkan sudut pemasaran yang berbeza, berdasarkan maklumat dan bahan projek yang tersedia.


๐Ÿ“ฆ Apa yang Termasuk?

01 | Perancangan Projek & Creative
Semakan tawaran, sasaran pembeli dan kelebihan projek untuk menentukan mesej serta arah creative.

02 | Skrip & Persediaan Penggambaran
Penyediaan skrip dan susunan kandungan untuk tiga video. Anda menyediakan talent serta memastikan lokasi boleh digunakan.

03 | Satu Sesi Penggambaran
Penggambaran di satu lokasi bagi satu projek, pada tarikh yang dipersetujui bersama.

04 | Penyuntingan Video & Reka Bentuk Poster
Penghasilan 3 video iklan pendek dan 3 poster, termasuk dua pusingan pindaan terkumpul dalam skop yang dipersetujui.

05 | Setup Kempen & Copywriting
Penyediaan teks iklan, struktur kempen dan saluran pertanyaan untuk satu objektif utama: Instant Form atau WhatsApp.

06 | Pengurusan Meta Ads Selama 30 Hari
Pemantauan bajet, pengujian bahan creative dan pelarasan berdasarkan prestasi serta data yang tersedia.

07 | Update Mingguan & Laporan Akhir
Ringkasan perkembangan melalui WhatsApp, diikuti laporan prestasi dan cadangan tindakan seterusnya.


๐Ÿ“‹ Apa yang Anda Perlu Sediakan?

โœ“ Maklumat projek, harga dan pakej terkini yang telah disahkan.
โœ“ Brochure, floor plan, logo dan bahan rujukan yang berkaitan.
โœ“ Seorang talent atau wakil untuk tampil dalam video.
โœ“ Lokasi penggambaran serta kebenaran akses yang diperlukan.
โœ“ Akses Facebook Page dan akaun Meta Ads.
โœ“ Nombor WhatsApp penerima pertanyaan, jika berkenaan.
โœ“ Bajet iklan dan kaedah pembayaran yang aktif.

Pastikan maklumat projek tepat sebelum skrip dan design diluluskan untuk mengurangkan pindaan selepas penghasilan.


๐Ÿ› ๏ธ Skop Production

  • Satu projek.

  • Satu sesi penggambaran di satu lokasi(3-4Jam)

  • Tiga video iklan dan tiga poster.

  • Talent disediakan oleh client.

Durasi video, format output, jadual production dan sebarang caj perjalanan akan dipersetujui sebelum penggambaran.

Permintaan konsep baharu selepas kelulusan, penggambaran semula atau lokasi tambahan memerlukan penilaian dan sebut harga berasingan. Raw footage dan fail projek suntingan tidak termasuk.


๐Ÿ’ฐ Yuran Perkhidmatan

RM2,899 ยท 3 Video + 3 Poster ยท 30 Hari Pengurusan Ads

Yuran merangkumi production dan pengurusan kempen dalam skop yang dinyatakan.

Ad spend tidak termasuk dan dibayar terus oleh anda melalui akaun Meta Ads sendiri.

Tempoh production berasingan daripada tempoh kempen. Pengurusan 30 hari bermula apabila kempen mula berjalan selepas creative diluluskan, akses lengkap dan bajet tersedia.


๐Ÿ”„ Bagaimana Prosesnya?

1. Semakan Projek & Slot
Hubungi kami untuk mengesahkan kesesuaian projek, lokasi dan ketersediaan penggambaran sebelum pembayaran.

2. Brief & Perancangan Creative
Maklumat projek dikumpulkan dan arah kandungan dipersetujui.

3. Penggambaran & Penghasilan
Kami menjalankan sesi shoot, menyunting video dan menyediakan poster.

4. Semakan & Kelulusan
Anda menyemak hasil dan memberikan maklum balas secara terkumpul.

5. Pelancaran & Pengurusan Kempen
Creative yang diluluskan digunakan dalam kempen, dengan pengurusan selama 30 hari dan update mingguan.

6. Laporan Akhir
Terima ringkasan prestasi serta cadangan untuk kempen seterusnya.


๐Ÿ“ Sediakan Creative. Jalankan Kempen.

Dapatkan bahan iklan dan pengurusan Meta Ads dalam satu pakej yang disusun untuk projek hartanah anda.

Semak kesesuaian projek dan slot penggambaran terlebih dahulu. Skop, jadual serta sebarang kos tambahan akan dijelaskan sebelum pembayaran.

๐Ÿ‘‰ SEMAK SLOT & BINCANGKAN PROJEK ANDA


๐Ÿ’ฌ Soalan Lazim

1. Apakah beza pakej ini dengan Meta Ads Management โ€” 30 Days?
Pakej management menggunakan creative yang anda sediakan. Pakej ini merangkumi penghasilan 3 video dan 3 poster, bersama pengurusan kempen selama 30 hari.

2. Adakah RM2,899 termasuk bajet iklan?
Tidak. Ad spend disediakan secara berasingan dan dibayar melalui akaun Meta Ads anda.

3. Adakah talent disediakan?
Tidak. Anda perlu menyediakan talent atau wakil yang akan tampil dalam video. Jika memerlukan talent tambahan, maklumkan sebelum mengesahkan tempahan untuk semakan kos.

4. Berapa lokasi dan sesi shoot yang termasuk?
Satu sesi penggambaran di satu lokasi bagi satu projek. Lokasi atau sesi tambahan memerlukan sebut harga berasingan.

5. Berapa lama video yang akan dihasilkan?
Tiga video berbentuk iklan pendek akan dihasilkan. Durasi dan format dipersetujui semasa perancangan berdasarkan mesej serta skop production.

6. Berapa kali saya boleh meminta pindaan?
Dua pusingan pindaan terkumpul termasuk dalam pakej. Pindaan perlu kekal dalam konsep dan skop yang dipersetujui. Penggambaran semula tidak dianggap sebagai pindaan editing biasa.

7. Adakah semua enam creative dijalankan serentak?
Tidak semestinya. Susunan pelancaran dan pengujian bergantung pada bajet, objektif serta data kempen.

8. Adakah tempoh shoot dan editing termasuk dalam 30 hari?
Tidak. Tempoh 30 hari merujuk kepada pengurusan kempen selepas iklan mula berjalan. Jadual production dipersetujui secara berasingan.

9. Adakah raw footage dan fail editing diberikan?
Tidak. Pakej merangkumi fail akhir video dan poster yang telah diluluskan sahaja.

10. Adakah leads atau jualan dijamin?
Tidak. Hasil dipengaruhi oleh tawaran projek, bajet, respons pasaran, prestasi creative dan keberkesanan susulan oleh pasukan sales.

11. Adakah follow-up leads termasuk?
Tidak. Menjawab pertanyaan, menyaring prospek, menetapkan appointment dan closing dikendalikan oleh anda atau pasukan sales.

12. Apa berlaku selepas 30 hari?
Pengurusan tamat dan laporan akhir diberikan. Kempen akan dihentikan melainkan sambungan servis atau pengambilalihan oleh anda telah dipersetujui. Production baharu dan pengurusan seterusnya dikenakan yuran berasingan.

View full details